Ahlan Wasahlan.Selamat Datang Ke Wak Lee Blogspot. Sila gunakan resolusi 1024 x 768 pixel. Terima kasih.

My Sweet Songs............What A Song?!

Tuesday, December 2, 2008

Macam-Macam

NAMAKU

Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya.. Guru : "Kamu ni murid baru kan ?" Murid : " Ya.. cikgu" Guru : "Nama kamu siapa?" Murid : "Man" Guru : "Nama panjang kamu?" Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn nnnnnnnnn.. cikgu"


DIET

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet. Doktor berkata kepadanya... "Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong... " Lelaki menjawab... "Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"


PERKAHWINAN KERABAT

Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah... . Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira.. Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil... Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah... Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah.. "Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin... ?" Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab.. "Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja... .. Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama... . sedangkan awak bukan kerabat saya Khairul... ."

No comments: