Ahlan Wasahlan.Selamat Datang Ke Wak Lee Blogspot. Sila gunakan resolusi 1024 x 768 pixel. Terima kasih.

My Sweet Songs............What A Song?!

Friday, October 24, 2008

Cerita Logo Beijing

Tak Sengaja Punye Cite

1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Termakan nasi sepinggan pada hari pertama puasa.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan puasa.

2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal dan tikar serta membaringkan badan ketika bekerja.

4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

6)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam dengan alasan jalan tren komuter jem.

Naik bas.

Seorang wanita hendak naik bas sambil menggendong bayinya. Pemandu bas mengatakan

"Uish, bayi awak adalah bayi yang paling hodoh yang pernah saya tengok!".

Wanita tadi dengan marah mencampakkan wang tambang bas di kotak wang dan mengambil tempat duduk di belakang. Kemudian dia berusaha menenangkan dirinya. Seorang lelaki yang duduk di sebelahnya menyedari bahawa wanita tadi sedang marah lalu menanyakan apa sebabnya. Wanita tadi menjawab, "Pemandu bas itu menghina kakak!".

Dengan pantas lelaki itu berkata, "Tidak patut pemandu bas seperti dia menghina penumpangnya".

"Betul tu adik..", kata wanita itu, "Saya nak jumpa dia sekali lagi dan nak ajar dia...!".

"Itu idea yang bagus" kata lelaki itu, "Mari, biar saya tolong pegangkan monyet kakak."

Peperiksaan Akhir Tahun ?!

Salam,

Salam peperiksaan buat bebudak Maahad...walaupun cam dah lambat jer nak wish. Takper la what ever... Buat budak 1Hadi, 1 Daie, 2 Hadi, 2 Daie ...baca buku KH ye. Raya..raya jugak...peksa...peksa jugak.

Jangan lupa 28hb..ada makan2. Jangan lupa pulak jemput cikgu. Okler...chow.

Buat budak form3!

Salam...
Nampaknyer bebudak tingkatan 3 tgh happy sakan la nampak!!
Apahal pun, ujian PMR dah lepas, korang berhak enjoy...jangan lelebih dah.

Em, rajin-rajin datang sekolah. Jangan nak memonteng lak. Okler, semoga korang dapat apa yang korang nak.

Ok chow. Salam.

Fakta Pelik

Fakta-fakta pelik yang kita tak tau :

* Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

* Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

* Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

* Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

* Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram

Saturday, October 11, 2008

Lawak Org Pemalas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat Rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari Seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku Katanya : "saya adalah yang paling malas" Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?" Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya". Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku". Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?" maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka raja pun terdiam? Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata: "saya lah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?" budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas". KAH . KAH . .KAH . .!!!!!!!!!

Akibat Makan Berlebihan...



PMR oh PMR 2008

Assalamualaikum,
Lebih kurang 1 hari lagi nak PMR. Moga apa yang diimpikan...diharapkan semuanya berjalan lancar. Mudah-mudahan semua pelajar cikgu dapat 9A. Amin.
Kepada budak lelaki 3 Hadi dan 3 Daie, inilah masanya kamu menyerlahkan potensi diri kamu. Jangan biarkan anasir luar menganggu kamu. Bertenang...bertawakal..itu yang kamu perlukan.
Kepada mentee, minta maaf sebab tidak dapat luangkan masa yang banyak dengan kamu semua. Semoga ini tidak melemahkan kamu semua. Lepas PMR nanti, insyaAllah kita akan buat pertemuan susulan.