Ahlan Wasahlan.Selamat Datang Ke Wak Lee Blogspot. Sila gunakan resolusi 1024 x 768 pixel. Terima kasih.

My Sweet Songs............What A Song?!

Tuesday, June 30, 2009

Iman Masuk Pertandingan ?!


Gambar terbaru iman masa kat Port Dickson. Comelnyer...
Nie tgh standby nak bergaya dalam pertandingan pakaian beragam untuk tema Muslimah Moden..he he.
Dapat johan tu tak ler..janji dapat nombor top 3. Last2 diumumkan dapat no 2..bukan main suka si anak dengan emaknyer. Apa2lah nak..janji iman bahagia udah ler.Tahniah..iman.

Sunday, June 21, 2009

Cikgu Asri


Itu dia jejaka macho Maahad Muar... Cikgu Asri. Antara cikgu yang paling menjaga penampilan diri...kemas je. Jambul keras punye..he he. Tak leh kutuk lebih2...almaklumlah dah GPK Koko.
Seorang yang rajin...mmg boleh diharap..kerja mmg tip top..ramai setuju...termasuk cikgu. Umur je tua...yang lain muda lagi..muahaha.
Gambar ni diambil masa MSSD Catur kat maahad...the latest. Nie dah jadi GPK Koko nie...makin kurus la member aku nie.

Saturday, June 20, 2009

Cikgu Akmal


Nie yang tgh pakai topi ni kaunselor maahad. Cikgu Akmal namanyer. Leh tahan ketotol jugak dia nie..bukan leh tahan..mmg kekotol la senang citer. Antara cikgu yang tenang orgnyer..kena kutuk ker..saje je muka...hampeh.
Ni gambar masa sukan tahunan maahad tahun 2007 agaknyer. Yang lain..si ustaz lizam dengan cikgu asri dalam gambo. Si kaunselor sorang nie jugak antara yang sangat sibuk...jadi urusetia la..fasilitator la...macam2. Susah nak lekat kat sekolah dia nie...dah diarahkan pergi..pergi je la. Kang kena kang. Lepas ni letak gambo asri lak...

Ustaz Sani

Uyo...gambar awie ke nier? Ustaz Sani rupanyer. Nie masa kat explorace Maahad 2007 rasanyer. Bebudak tgh penat berlari..apa lagi melaram la member sorang nie.
Merangkap Ketua Warden Asrama...jangan ko memain..berdezap kena rotan kang. Makin sibuk le member aku ni. Antara ustaz yang paling sibuk..tak geti duduk diam. Moga dapat la apa yang ko nak...DG58 kot...muahaha. Lepas ni gambar si akmal lak...tunggu. Tgh cari gambar sesuai...

Ustaz Naseh


Tetiba lak...nak add gambar member. Nie sapa tak kenal....ustaz naseh. Antara member cikgu yang ok sangat...ringan tulang..tp time berat tulang..mmg ler berat.
Antara ustaz yang digemari dan disenangi oleh bebudak Maahad. Cikgu kekadang pening kepala jugak..gurau dengan serius cam sama je. Pening kepala aku wehh. Takper la..asalkan ustaz naseh bahagia di samping isteri tercinta.
Cikgu nak letak gambar sapa lak lepas nier? Ustaz sani...erm...ok gak tu.

Friday, June 12, 2009

Fakta Umum

Apabila telefon mula dicipta pada 1878, penggunanya pada zaman itu tidak menyebut 'Hello' ketika menjawab panggilan, tetapi
menyebit 'Ahoy'.
Macam nak panggil apek Cina je.


Memang lega rasanya apabila mematah-matahkan jari, terutamanya apabila letih. Prap..prap..prap, bunyinya meletup-letup.
Jangan terkejut, kalau dihitung , kita mematah-matahkan jari kira-kira 24 juta kali sepanjang umur kita, termasuk jari kaki.
Orang kata tak elok untuk kesihatan..entah agaknya.


Dalam tempoh seminit ini secara purata pengguna komputer akan mengelipkan matanya sebanyak tujuh kali. Saya ulangi tujuh kali.

Jangan kelip mata dengan kadar luar biasa bagi menidakkan kebenaran fakta ini

Fakta Mengenai Telefon Bimbit

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan
dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon
bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda..Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika
bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya...

Nak tau sejauh mana kebenarannya.....cubalah...baru tau betul ke tidak.. Adios.

Fakta Mengenai Islam

Fakta ini sensei dapat daripada Internet..sejauh mana kebenaran?..kena buat kajian..
  1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling popular di seluruh dunia, dan menepati urutan nombor kedua di negara Inggeris untuk nama bayi laki-laki ( urutan pertama ditempati oleh nama ‘Jack’ )
  2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
  3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti bubuk
  4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perhitungan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
  5. Tidak ada apa-apa di dalam Ka’bah
  6. Islam merupakan agama yang mengalami pertumbuhan paling cepat di dunia menurut kebanyakkan sumber, diperkirakan akan menjadi agama nombor 1 pada tahun 2030
  7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Ka’Bah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama ‘Shiva Lingam
  8. Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya sekali dalam hidupnya
  9. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Huffaz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
  10. Nama original dari kota suci Madinah adalah "YATHRIB"

Fakta Mengenai Kematian

Fakta menarik tentang mati
1. Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.

2. Kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 – 20 saat selepas ia dipenggal.

3. Apabila Alexander The Great mati pada 323 Sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina di Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksirkan kos pengurusan mayat Alexander itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kos dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 biliion)!

4. Sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah ‘mengambil’ nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.

5. Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.

6. Mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan.

7. Satu lagi fakta, mayat mereput 4 kali lebih cepat berbanding yang ditanam didalam tanah.

8. Masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh kerana itu, mereka akan mencukur kening mereka apabila kucing peliharaan mereka mati
Bugatti Veyron - kereta yang sensei(cikgu) paling salute.. Kelajuan boleh mencecah 406 km/j, kiranya antara kereta yang paling laju di dunia. Antara fakta menarik, kalau dibawa secara kuasa penuh, petrol yang ada dalam tangki minyak akan kosong dalam masa 12 minit. Kuasa kuda...jangan cerita la. ++1000hp power tu. Nak tau lebih...cari sendiri dalam internet..malas nak taip sebenarnya..he he

Thursday, June 11, 2009

Hotel Terbang !!

Sekarang macam-macam dah ada kat dunia ni.

Lawat Jakarta




Teringat melancong kat negara orang...bila dah pergi tu..baru tau negara Indonesia camana. Asyik tgk dalam tv je kan...ni tgk depan mata. Pegi Tengkuban Perahu, Bandung dan Jakarta. Banyak benda yang menarik kat sana...berbeza la dengan kat Malaysia. Sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu Ya Allah mendapat rezeki dan kenikmatan sebagai warga Malaysia. (Gambar bawah) Tgh bergambar dengan member2 depan Masjid Besar Istiqlal Indonesia...mmg besar(Gambar tengah) Tgh tunggu sarapan kat Bandung ( Gambar atas) Tgh makan nasi padang ..lauk je cecah nak dekat 10-15 mangkuk..tapi makan mana yang nak je..yang x nak, jangan cuit.

Kursus Guru Bestari 2008



Gambar ni masa tgh kursus guru bestari kat maktab perguruan batu pahat. 4 minggu tue..teringat lak masa belajar kat maktab (KPLI). Ni kat maktab, asal malam je mengeteh...tak mengeteh pun karaoke..macam2 perangai member cikgu ni. Dah lama tak jumpa diorang...agak2 bila lagi yek nak kursus lagi. Bukan apa..dapat release tension. He he..he

Chaiyok...Kadet Polis




Tahniah..atas kejayaan pasukan kawad kaki Maahad kerana menjadi Johan NGO (L), Johan GO(P), Johan NGO(P), Naib Johan KRS (P), Ke 3 NGO (L), Ketua Platun Terbaik GO(L), Ketua Platun Terbaik NGO(P), Ke 2 Ketua Platun Terbaik GO(P) dan Ke2 Ketua Platun Terbaik NGO(L) di peringkat daerah. Tahniah sekali lagi bagi GO(L) iaitu pasukan kadet polis Maahad. Moga-moga anda cipta kejayaan di Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di Sarawak dan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan di Pahang nanti. Korang memang hebat.... Sensei tumpang bangga dengan kamu semua..

Jalan-Jalan Cari Pengalaman


Masa cuti sekolah ni la masanya untuk bawak anak jejalan. Bawak anak pi jejalan kat Zoo Melaka...biar dia tengok haiwan depan mata. Asyik tengok kat tv jer.. Dah lama gak tak pegi zoo melaka, agak2 masa darjah 6..lama tu. Tengok si Iman bukan main suka lagi tengok zirafah, singa,harimau...suka betul dia. Lepas ni my target nak bawa pi Pulau Tioman pulak...kalau rezeki lebih...mudah-mudahan.

Wednesday, June 10, 2009

Tengah Nak Belajar Sembahyang.

Sejuk hati ayah dan emaknyer..

Pakai tudung

Iman tengah suka pakai tudung.

Kenali Diri Anda...

Ini cuma kajian yang dijalankan....x semestinya betull....dan x semestinya salah...

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Cerita Karipap

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

"Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?". Tanya gurunya.

"RM 1 cikgu!". jawabmurid itu spontan.

"salah tu". tegur si guru penuh kasih sayang.

"mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?". Amer tetap memberi jawapan RM1

"Salah tu Amer,cuba kira betul-betul". Respon si guru dengan sabar

"Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
"kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!"

Real Upin dan Ipin

Ada gaya tak?

Bawak perlahan pun payah!!!


LONDON - Seorang ahli perniagaan, Denis Evans ditahan oleh seorang pegawai polis kerana didakwa memandu kereta Ferrari terlalu perlahan.
Sebuah akhbar semalam melaporkan, Evans, 58, memandu keretanya yang berharga £164,000 (RM884,993) di sebatang jalan kampung pada kelajuan 40 kilometer sejam (km/j) sebelum ditahan Ketua Penolong Konstabel Nick Croft.
Menurut Evans, selepas melakukan pemeriksaan, Croft membenarkannya meneruskan perjalanan.
"Saya terkejut kerana pihak polis mendakwa saya tidak cukup laju. Keadaan jalan pada ketika itu terlalu gelap dan banyak selekoh. Saya fikir memandu pada kelajuan 40 km/j lebih selamat memandangkan kawasan itu banyak biri-biri melintas jalan," katanya.
Had laju di kawasan perkampungan Ogmore-by-Sea ialah 64 km/j manakala kelajuan maksimum Ferarri milik Evans ialah 312 km/j.
Seorang jurucakap polis mempertahankan tindakan Croft yang tinggal di kawasan berkenaan.
"Pegawai tersebut mengekori sebuah Ferrari yang dipandu terlalu perlahan dan dia fikir adakah kenderaan itu dicuri," kata seorang jurucakap polis. - Agensi


Macam Ada Kat Malaysia ?!

Kenderaan ada Astro tu!!!

Ayam Golek? atau Ayam Gantung?

Salah Sapa nie?

Asal leh duduk ?!

Tidur ker mampus nier?!

Kahwin Lain?...Baca ni dulu..

Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain…

Balasan Puisi Suami daripada Isteri
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah….!!!

Santai Pagi..

APE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh


Pesanan Wak Lee.... Jangan Tension Yer....